Sekian lama aku membiarkan minatku untuk menulis akhirnya hari ini ia datang kembali tatkhala aku membaca coretan-coretanmu. Coretanmu yang nampak bersahaja namun menarik membuatkan ku seakan-akan ingin menulis kembali. walaupun aku tahu aku tidak sehebatmu dalam bermain bahasa. idea-idea ku juga tidak sebernas ideamu. Namun, aku tetap bersemangat untuk menulis kembali setelah sekian lama kesibukan dan juga kemalasan menguburkan minat itu.
mungkin aku hanya dapat memberikan kata penghargaan ku kepadamu di dalam ruang ini kerana sangat mustahil untukku berbicara denganmu sama ada di alam maya apatah lagi di dunia nyata. rasa segan dan hormatku menghalangiku untuk berbuat demikian walau segunung rasa keiginanku untuk berbica lebih lanjut denganmu. namun satu yang aku ingin kau tahu, coretanmu telah menyuntik semangatku untuk meyuburkan minatku yang sudah sekian lama layu atau mungkin lebih tepat lagi telahpun mati.